awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 14 penduduk Kampung Hutan Buloh ditempatkan di PPS SK Melor

Bernama
Bernama
09/12/2022
14:11 MYT
Banjir: 14 penduduk Kampung Hutan Buloh ditempatkan di PPS SK Melor
Kesemua mangsa kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melor. - Gambar fail
KOTA BHARU: Seramai 14 mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kampung Hutan Buloh, Melor, di sini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air, hari ini.
Kesemua mangsa kini berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melor.
Seorang mangsa, Nik Bidah Nik Daud, 79, berkata dia bersama dua anak dan sembilan cucunya terpaksa berpindah ke PPS tersebut selepas rumah mereka digenangi air kerana kawasan kediaman tidak memiliki sistem perparitan.
"Ini kali pertama kami berpindah ke PPS, pada Februari lepas berlaku juga banjir tetapi tidak seteruk hari ini. Kami berpindah ke pusat ini sejak 2 petang tadi.
"Saya merayu pihak berkenaan agar menyediakan sistem perparitan di kawasan kampung kami kerana bimbang banjir akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya ketika ditemui Bernama di PPS SK Melor di sini.
Sementara itu, Penghulu Mukim Padang Raja yang juga pengelola PPS berkenaan Fadlishah Ismail berkata penduduk terlibat berpindah selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air lebih satu meter.
"Pemindahan awal ini dilakukan bagi menjaga keselamatan penghuni rumah kerana bimbang air Sungai Melor melimpah lebih dalam memandangkan kawasan rumah penduduk tiada perparitan (longkang)," katanya.
Menurut Fadlishah pihaknya mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan bagi menguruskan mangsa banjir terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#banjir
#Kota Bharu
#Kampung Hutan Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan