awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau

Bernama
Bernama
02/02/2025
13:00 MYT
Banjir: 14 tan makanan dihantar ke pedalaman Tatau
Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kakus Datuk Seri John Sikie Tayai berkata misi penghantaran makanan itu telah dilaksanakan menerusi pengangkutan air dan udara. - Foto BERNAMA
BINTULU: Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kakus Datuk Seri John Sikie Tayai berkata misi penghantaran makanan itu telah dilaksanakan menerusi pengangkutan air dan udara.
Beliau berkata inisiatif pelbagai agensi telah digerakkan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau.
"Inisiatif ini kita laksanakan untuk kawasan luar bandar yang terputus hubungan melalui jalan darat akibat banjir.
"Kita sudah laksanakan penghantaran ke kawasan Penyarai dan Nanga Tau... makanan yang dihantar ini terdiri daripada makanan kering seperti beras, sardin dalam tin dan mi kepada lebih 1,000 keluarga," katanya kepada Bernama hari ini.
Mengenai situasi terkini banjir di Tatau, Sikie berkata secara umumnya keadaan kini semakin pulih dengan jumlah mangsa mencatatkan trend penurunan.
"Kita nampak ada penurunan, walaupun begitu di PPS (pusat pemindahan sementara) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau sekarang ini kita ada lebih 700 mangsa," katanya.
Setakat petang ini, satu-satunya PPS di Tatau iaitu di SMK Tatau yang dibuka pada 29 Jan lepas menempatkan 707 orang daripada 215 keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#makanan
#pedalaman Tatau
#John Sikie Tayai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan