awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 20 sekolah di Pahang diberi cuti hingga Jumaat

Bernama
Bernama
01/02/2017
10:14 MYT
Banjir: 20 sekolah di Pahang diberi cuti hingga Jumaat
Cuti berkenaan terpaksa diberikan berikutan ada di antara sekolah berkenaan serta laluannya dinaiki air selain bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan sekolah setelah air banjir surut sepenuhnya. - Foto Bernama
20 sekolah di tiga daerah di Pahang diberikan cuti esok dan Jumaat berikutan banjir yang melanda negeri ini, kata Pengarah Pendidikan negeri Datuk Rosdi Ismail.
Beliau berkata 13 sekolah berkenaan terletak di Pekan, enam di Maran dan sebuah di Temerloh, membabitkan lebih 3,500 pelajar dan guru.
Katanya cuti berkenaan terpaksa diberikan berikutan ada di antara sekolah berkenaan serta laluannya dinaiki air selain bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan sekolah setelah air banjir surut sepenuhnya.
"Di Pekan, 13 sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai, Sekolah Kebangsaan (SK) Paloh Hinai, SK Padang Rumbia, SK Kampung Aceh, SK Pulau Rusa, SK Tanjung Medang, SK Belimbing, SK Serambi, SK Temai, SK Mambang, SK Pelak, SK Pulau Manis dan SK Kincir yang melibatkan 2,128 pelajar dan 268 guru.
"Di Maran pula, enam buah sekolah yang terlibat ialah SK Paya Pasir, SK Serengkam, SK Pesagi, SK Kuala Wau, SK Kertau dan SK Chenor yang melibatkan 663 pelajar dan 96 guru," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Di Temerloh, hanya Sekolah Rendah Agama At-Taqwa sahaja diberikan cuti dan ia mempunyai 336 pelajar dan 24 guru, katanya.
Sementara itu, Rosdi berkata terdapat 19 sekolah di empat daerah turut dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu satu di Bera, Temerloh (dua), Pekan (lima) dan 11 sekolah di Maran.
Bagaimanapun, sekolah terbabit tidak terlibat dengan tempoh cuti yang diberikan, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#Datuk Rosdi Ismail
#Pengarah Pendidikan Negeri
#sekolah cuti
#sekolah tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan