awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Agong berkenan tinjau PPS SK Bukit Cermin

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
27/12/2021
10:21 MYT
Banjir: Agong berkenan tinjau PPS SK Bukit Cermin
Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan bantuan kelengkapan beserta sumbangan wang tunai kepada mangsa banjir. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Cermin, Mentakab, hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda pada jam 11.15 pagi itu disambut oleh pemimpin tempatan dan barisan pengurusan PPS SK Bukit Cermin.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan bantuan kelengkapan beserta sumbangan wang tunai kepada mangsa banjir.
Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan juga Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa di lima negeri menurun
PPS tersebut menempatkan 338 mangsa daripada 142 keluarga dari Kampung Mambang Berulang, Kampung Chatin, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Dingin.
Seri Paduka Baginda turut melawat Jambatan Kampung Sungai Dingin selepas selesai meninjau PPS tersebut.
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#Yang di-Pertuan Agong
#PPS SK Bukit Cermin
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan