awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Mindef jamin tidak kompromi pihak terlibat kematian anggota Tentera Darat
'Israel First atau US First?' - Iran tekankan hasil rundingan bergantung keutamaan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera parah dipukul dalam kem meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2026
07:09 MYT
Anggota tentera parah dipukul dalam kem meninggal dunia
Prebet Muhammad Amirul Raziq (foto) dipercayai dipukul dalam satu kejadian di Kem Batalion 25 RAMD Bentong, pada 30 Mac lepas disahkan meninggal dunia. -Foto Sinar Harian
Seorang anggota tentera berpangkat prebet yang sebelum ini dilaporkan parah akibat dipukul di kem disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di Temerloh pada pagi Sabtu.
Mangsa, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.45 pagi.
Bapanya, Rosafindi Tambi Chik, 49, memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Damai Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan.
Terdahulu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas dipercayai dipukul oleh seorang anggota berpangkat koperal dalam kejadian pada 31 Mac lalu.
Insiden itu dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati berkaitan tugasan pembersihan stor senjata.
Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) didakwa menggunakan kekerasan terhadap tujuh anggota lain di Kem Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Difahamkan, suspek yang berusia 37 tahun bertindak menampar dan menumbuk mangsa di bahagian muka serta perut.
Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata siasatan awal mendapati suspek turut memukul, menendang dan menyerang mangsa di beberapa bahagian badan.
Beliau turut memaklumkan bahawa enam lagi anggota berusia antara 19 hingga 22 tahun berada di lokasi kejadian ketika insiden tersebut berlaku. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tentera Darat Malaysia
#kematian anggota tentera
#kes pukul
#RAMD
#siasatan polis
#disiplin tentera
#Pahang
#keselamatan anggota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan