awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad

Astro AWANI
Astro AWANI
11/04/2026
10:16 MYT
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Mengikut atur cara, delegasi Iran yang diketuai Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf dijadual mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di kediaman rasminya (foto), diikuti oleh delegasi AS pimpinan Naib Pre
Kerajaan Pakistan sedang mempergiat usaha di peringkat tertinggi bagi memastikan Amerika Syarikat (AS) dan Iran mengadakan rundingan secara bersemuka dalam misi menamatkan peperangan selama enam minggu yang melanda Asia Barat.
Menurut sumber diplomatik, pelan rundingan diatur supaya dimulakan dengan acara berjabat tangan antara ketua delegasi kedua-dua negara, atau dengan kehadiran pegawai kanan Pakistan sebagai saksi, lapor Al Jazeera.
Mengikut atur cara, delegasi Iran yang diketuai Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf dijadual mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di kediaman rasminya, diikuti oleh delegasi AS pimpinan Naib Presiden JD Vance.
Rundingan yang diharapkan secara langsung itu dijadual bermula jam 11.30 pagi waktu GMT (7.30 malam waktu Malaysia) dan dijangka berlarutan sehingga lewat malam.
Sumber itu menyatakan, sekiranya Pakistan berjaya mempertemukan kedua-dua pihak secara langsung, ia akan menjadi satu kejayaan besar yang membolehkan lebih banyak kemajuan dicapai dalam proses damai tersebut.
Walau bagaimanapun, sekiranya usaha itu gagal, rundingan akan dijalankan secara tidak langsung menerusi pengantara dan hanya dijadualkan berlangsung untuk hari ini sahaja.
Dunia kini menumpukan perhatian sepenuhnya ke arah Islamabad bagi melihat sama ada diplomasi saat akhir ini mampu menghasilkan gencatan senjata yang mampan atau konflik tersebut akan terus meruncing.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Iran
#Pakistan
#rundingan diplomatik
#Islamabad
#konflik Asia Barat
#gencatan senjata
#Rundingan Islamabad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan