awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Anwar gesa mangsa bencana diberi pembelaan sewajarnya

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/12/2021
10:09 MYT
Banjir: Anwar gesa mangsa bencana diberi pembelaan sewajarnya
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni mangsa-mangsa banjir di Klang pada Ahad. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa tindakan segera diambil untuk memastikan mangsa banjir mendapat pembelaan sewajarnya.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah mendengar pelbagai keluhan mangsa di kawasan yang terjejas banjir.
Antara yang menjadi kegusaran mangsa-mangsa banjir berkenaan, jelas Pengerusi Pakatan Harapan itu ialah, usaha pembersihan kawasan rumah serta kerugian yang bakal dialami sebaik bencana ini berakhir.
Selain Itu, Anwar berkata, terdapat juga permasalahan asas yang turut membebani mereka, seperti kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas lain.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
\Sehingga jam 6 petang Ahad, jumlah mangsa banjir seramai 30,987 orang, melibatkan 9,700 keluarga, di 348 pusat pemindahan sementara.
Pahang masih tertinggi dari segi jumlah mangsa banjir diikuti Selangor, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perak.
Dalam pada itu, Anwar menggesa kerajaan negeri dan Persekutuan untuk memberi jaminan tegas terhadap kebajikan semua mangsa banjir.
Beliau berkata, kesemua pusat pemindahan sementara mesti dilengkapkan dengan kemudahan asas bagi menjamin keselesaan mangsa banjir dan tidak mahu sikap dan prestasi lewa terus membebani rakyat.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Anwar Ibrahim
#Pembelaan
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan