awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: ATM bina Jambatan Bailey - Hishammuddin

Bernama
Bernama
06/07/2022
05:43 MYT
Banjir Baling: ATM bina Jambatan Bailey - Hishammuddin
Isnin lepas, kejadian banjir dan fenomena kepala air dilapor di Kampung Iboi, Baling, mengorbankan tiga sekeluarga serta menghanyutkan tujuh rumah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina jambatan Bailey berikutan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air, Isnin lepas.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mengarahkan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk membina jambatan berkenaan.
"Menteri KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) Datuk Seri Mahdzir Khalid hubungi saya semalam, mohon ATM untuk bina Jambatan Bailey.
"RAJD segera ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin, anggota-anggota RAJD dah turun pagi tadi," katanya dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.
Isnin lepas, kejadian banjir dan fenomena kepala air dilapor di Kampung Iboi, Baling, mengorbankan tiga sekeluarga serta menghanyutkan tujuh rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Hishammuddin Hussein
#jambatan bailey
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan