awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Lima LRA beroperasi sepenuhnya - SADA

Bernama
Bernama
07/07/2022
05:03 MYT
Banjir Baling: Lima LRA beroperasi sepenuhnya - SADA
Setakat pukul 9 pagi tadi, LRA Sungai Petani, LRA Pinang Tunggal, LRA Kulim Hi-Tech, LRA Kuala Ketil Lama dan LRA Kuala Ketil Baru telah beroperasi pada kadar maksimum. - Facebook Syarikat Air Darul Aman
ALOR SETAR: Lima Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini yang sebelum ini terkesan akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas telah pulih hari ini.
Bahagian Komunikasi Korporat Syarikat Air Darul Aman (SADA) memaklumkan setakat pukul 9 pagi tadi, LRA Sungai Petani, LRA Pinang Tunggal, LRA Kulim Hi-Tech, LRA Kuala Ketil Lama dan LRA Kuala Ketil Baru telah beroperasi pada kadar maksimum.
"Kesemua LRA telah pulih dan tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.
"Pengguna yang terkesan dengan gangguan bekalan air itu akan menerima bekalan air secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi Facebook SADA, hari ini.
Semalam, sebanyak 280,000 akaun pengguna SADA di tiga daerah iaitu Baling, Kuala Muda dan Kulim terjejas berikutan gangguan bekalan air yang disebabkan oleh kadar kekeruhan air mentah yang tinggi akibat insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#loji rawatan air
#banjir baling
#kepala air
#SADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan