awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2022
03:20 MYT
Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Khairul Asyraf mendukung jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah pada Rabu. - Astro AWANI
BALING: Wanita hamil yang maut dalam kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi, Kupang di sini sempat memilih nama untuk anak lelaki dalam kandungannya.
Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan ketika itu memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.
Suaminya, Khairul Asyraf Nor Azman, 24, berkata, isterinya sangat teruja dengan kandungan pertama berkenaan dan tidak sabar menunggu cahaya mata itu lahir.
"Saya reda dengan semua yang terjadi dan sempat menatap wajah anak lelaki saya sebelum dikebumikan," katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah di Kampung Charuk Bemban Dalam di sini, pada awal pagi Rabu.
Menurut Khairul Asyraf, isterinya yang tidak bekerja itu sebelum ini meminta kebenaran untuk menjaga ibunya, Salmah Mat Akib, 53, yang terlantar kerana lumpuh.
"Dia seorang isteri yang baik dan patuh pada kata-kata saya, dia juga yang minta nak jaga mak saya memandangkan saya bekerja di Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman Said, 71, berkata, isterinya Salmah yang lumpuh sempat menunjukkan kaki kanannya yang boleh diangkat semula.
"Sebelum ini disebabkan lumpuh kira- kira setahun lebih, kaki sebelah kanan memang langsung tidak boleh digerakkan.
"Tetapi tengah hari pada hari kejadian,sebelum saya keluar rumah, dia panggil saya dan tunjuk kakinya sudah boleh diangkat semula," katanya.
Abdul Rahman berkata, itu adalah kenangan paling manis yang ditinggalkan oleh arwah isterinya sebelum pergi buat selama-lamanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Nurul Anis Abu Hassan
#Muhammad Aidan
#nama anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan