awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Tanaman durian Musang King tidak boleh dihapus begitu sahaja - MB Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
26/07/2022
10:46 MYT
Banjir Baling: Tanaman durian Musang King tidak boleh dihapus begitu sahaja - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, pokok-pokok durian Musang King yang ditanam di atas tanah seluas 52 ekar di Gunung Inas, Baling tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja. - Gambar fail
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, pokok-pokok durian Musang King yang ditanam di atas tanah seluas 52 ekar di Gunung Inas, Baling tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.
Menurut beliau, ini adalah kerana kerajaan yang ditadbirnya terikat dengan kelulusan yang dibuat sebelum ini.
Beliau berkata, pembatalan yang dibuat pada peringkat ini akan turut menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan selain boleh dibawa ke mahkamah.
Sehubungan itu, sebagai alternatif, katanya,, kerajaan negeri akan mengkaji bagi mencari kawasan-kawasan ganti yang tidak berisiko dan sekiranya usaha berkenaan tidak menemui hasil rundingan akan dilakukan dengan pemaju bagi langkah berikutnya.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar berkata, perberhentian penanaman durian setakat sedia ada telah dibuat selari dengan arahan kerajaan negeri pada tahun 2020.
Bahkan, kata Muhammad Sanusi, pihaknya juga juga telah mengarahkan untuk menanam tanaman tutup bumi di kawasan yang terdedah selain kembali kepada kelulusan asal Ladang Hutan Ganti.
“Bagi kawasan yang tidak boleh ditanam atas faktor bentuk muka bumi pula perlu ditanam pokok hutan asli.
“Kompartmen-kompartmen lain iaitu Kompartmen 4 hingga 10 yang telah diberi kelulusan sebelum ini yang mana tidak terlibat dengan aliran air sungai, tidak mendatangkan risiko kepada alam sekitar,” jelas beliau lagi.
Muhammad Sanusi berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI bagi mengulas mengenai jawapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat berhubung isu berkenaan, pagi tadi.
Bagaimanapun, pihak kerajaan negeri juga, katanya, akan membuat penelitian semula semua kerja-kerja yang diluluskan agar selari dengan dasar kerajaan serta kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) yang diberikan.
Beliau turut memaklumkan bahawa kawasan tanah tinggi dan hutan tadahan tidak akan dibenarkan bagi sebarang pembalakan dan pembangunan hutan ganti.
Terdahulu, Takiyuddin berkata, soal menghapuskan atau mengekalkan semua 5,000 pokok durian Musang King di atas tanah seluas 52 hektar di Gunung Inas, Baling, Kedah, adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan Negeri.
Menurutnya, kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat atau pandangan teknikal, dan bukannya aktiviti penguatkuasaan, selaras dengan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Buat masa kini, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, Jabatan Perhutanan telah mencadangkan kepada kerajaan Negeri untuk melakukan penghutanan semula kawasan seluas 5,000 hektar yang digazetkan sebagai ladang hutan.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#durian musang king
#Gunung Inas
#MB Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan