awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Terengganu sedia teruskan bantuan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/07/2022
22:30 MYT
Banjir Baling: Terengganu sedia teruskan bantuan
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan terus memantau dan melihat bentuk keperluan menerusi maklum balas bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor. - Astro AWANI
MARANG: Kerajaan negeri Terengganu bersedia untuk terus menyalurkan bantuan termasuk sukarelawan bagi membantu mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kampung di Baling, Kedah minggu lepas.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sebelum ini kerajaan negeri dan parti Pas negeri itu telah menyalurkan bantuan berbentuk barangan dan sumbangan wang ringgit.
Katanya lagi, pihaknya akan terus memantau dan melihat bentuk keperluan menerusi maklum balas bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor.
"Kerajaan negeri ada memberi RM50,000 dan bagi pihak Pas Negeri Terengganu juga telah memberi RM50,000 selain bahan makanan yang dibawa.
"Kita akan pantau dari semasa ke semasa. Saya sentiasa berhubung dengan Datuk Seri Sanusi MB Kedah untuk melihat keperluan semasa yang diperlukan.
"Jadi buat masa ini itu sahaja dahulu sehingga kita mendapat maklum balas baharu bahawa ada keperluan tenaga manusia atau peralatan tertentu.
"Insya-Allah kita akan cuba bantu saudara kita yang ditimpa bencana di negeri Kedah," kata Ahmad Samsuri.
Beliau berkata sekiranya memerlukan tenaga kerja baginkerja-kerja pembersihan pasca banjir, pihaknya akan menggerakkan skuad sukarelawan bagi membantu mereka yang terkesan.
Ahmad Samsuri turut berdukacita dengan situasi banjir yang berlaku di Baling, Kedah yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.
Terdahulu bencana banjir dan kepala air di negeri itu telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam.
Kejadian itu menyaksikan seramai 1,490 penduduk terjejas selain meragut tiga nyawa termasuk seorang ibu hamil empat bulan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#banjir baling
#Muhamad Sanusi Md Nor
#Kerajaan Negeri Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan