awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Beberapa jalan utama di Padang Besar ditutup untuk kenderaan ringan - Polis

Bernama
Bernama
23/11/2025
10:22 MYT
Banjir: Beberapa jalan utama di Padang Besar ditutup untuk kenderaan ringan - Polis
Jalan Wang Kelian ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh. - Gambar/ FB Perlis Nature Xplorer
KANGAR: Beberapa laluan utama di Padang Besar ditutup sementara kepada semua kenderaan ringan berikutan peningkatan paras air setakat 4 petang ini, susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Beberapa laluan utama di Padang Besar ditutup sementara kepada kenderaan ringan disebabkan peningkatan paras air akibat hujan berterusan sejak pagi.
  • Laluan yang ditutup termasuk Jalan Kaki Bukit Batu 16, Simpang Tiga Kok Mak, dan lain-lain berhampiran Agrovet Perlis.
  • Ketua Polis Daerah Padang Besar menasihati orang ramai menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi keselamatan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata laluan itu ialah Jalan Kaki Bukit Batu 16, Simpang Tiga Kok Mak, jalan menghala Wang Kelian, Jalan Kampung Chantek Kaki Bukit, Jalan Titi Tinggi, Jalan Gua Kelam dan Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Agrovet Perlis.
"Selain itu, berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian akibat hujan lebat menyebabkan laluan berkenaan tidak selamat untuk dilalui dan ditutup sepenuhnya sehingga kerja-kerja pembersihan serta penilaian keselamatan selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shokri menasihati orang ramai menggunakan laluan alternatif dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang risiko keselamatan.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) Padang Besar akan terus mengeluarkan makluman terkini dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Perlis
#tanah runtuh perlis
#padang besar
#Wang Kelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan