awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 24 mangsa tiga buah kampung di Langkap dipindahkan ke PPS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/05/2021
14:58 MYT
Banjir kilat: 24 mangsa tiga buah kampung di Langkap dipindahkan ke PPS
Menurut laporan sekretariat JPB Daerah Hilir Perak, kesemua 24 mangsa terdiri daripada sembilan keluarga. - Gambar/ Astro AWANI
TELUK INTAN: Seramai 24 penduduk di tiga kawasan di Langkap, dekat sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Chikus, apabila rumah mereka dilanda banjir kilat, petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Daerah Hilir Perak yang juga Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidi Saari berkata, PPS itu dibuka mulai jam 3 petang.
"Tiga kawasan yang terjejas ialah Parit 3 serta Kampung Batu Pecah di Chikus dan Kampung Belakang Kedai, Degong," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, menurut laporan sekretariat JPB Daerah Hilir Perak, kesemua 24 mangsa terdiri daripada sembilan keluarga.
“Mereka terdiri daripada 10 lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa dan lima kanak-kanak lelaki,” ujarnya.
Katanya, seramai 22 petugas daripada pelbagai jabatan dan agensi ditempatkan di PPS berkenaan untuk membantu mangsa.
Topic Berkaitan
#Teluk Intan
#banjir kilat
#Langkap
#PPS
#banjir
#dipindahkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan