awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
Dakwaan permohonan tambahan BUDI95 tidak benar, had 200 liter kekal - MOF
Singapura tidak akan berunding mengenai hak laluan Selat Hormuz - Vivian Balakrishnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat landa Sungai Merab, 12 rumah terjejas

Amirul Aiman
Amirul Aiman
11/04/2025
00:40 MYT
Banjir kilat landa Sungai Merab, 12 rumah terjejas
Banjir kilat berkedalaman 4 kaki melibatkan anggaran 12 buah rumah dan air dalam keadaan tren menurun. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 buah rumah di Kampung Sungai Merab Luar dilaporkan terjejas akibat banjir kilat awal pagi tadi, dengan kedalaman air mencecah sehingga empat kaki.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi dan tiba di lokasi sejauh 17 kilometer kira-kira 22 minit kemudian, menggunakan satu jentera LFRT, satu RRV dan dua bot aluminium.
Komander Operasi, PBK II Mohamad Shahrulizuan Hussin memaklumkan seramai 15 orang mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
"Laporan oleh Komander Operasi didapati benar berlakunya banjir kilat berkedalaman 4 kaki yang melibatkan anggaran 12 buah rumah dan air dalam keadaan tren menurun.
"Seramai 15 orang mangsa berjaya dibawa keluar," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut laporan, kejadian banjir berlaku secara tiba-tiba susulan hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.
Penduduk diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti arahan pihak berkuasa jika keadaan cuaca kembali buruk.
Setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka kerana semua mangsa berjaya ditempatkan di kediaman ahli keluarga terdekat dan keadaan air semakin surut menjelang pagi.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#banjir kilat
#Sungai Merab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan