awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat Lembah Klang berpunca masalah perparitan di tapak pembinaan - Lee Lam Thye

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
03:30 MYT
Banjir kilat Lembah Klang berpunca masalah perparitan di tapak pembinaan - Lee Lam Thye
Lee berkata, pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang tegas terhadap kontraktor dan syarikat pembinaan yang tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan drastik perlu diambil untuk menangani punca-punca banjir kilat yang berlaku di Lembah Klang yang boleh menyebabkan banyak kerosakan dan kemusnahan.
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masalah banjir kilat menjejaskan kawasan kediaman dan komersil dan ia berterusan pada musim hujan.
"Salah satu punca utama banjir kilat adalah parit dan longkang yang tersumbat di sekitar tapak pembinaan bangunan dan sistem saluran perparitan yang lemah pada umumnya.
"Perangkap kelodak yang dibina di tapak projek tidak diselengara dengan baik dan mengakibatkan sedimen serta serpihan dari tapak pembinaan menyumbat saluran air yang berdekatan.
"Ini menyebabkan banjir kilat selepas hujan lebat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara
Lee menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor dan syarikat pembinaan yang tidak bertanggungjawab dan kurang mengambil perhatian terhadap perlindungan alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat.
"Pihak berkuasa mesti bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang kecil bangunan dan Akta Jalan dan Saliran bagi mengelakkan daripada kita mengalami lebih banyak kerosakan.
"Lebih banyak pemantauan tapak pembinaan perlu dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan pematuhan kepada Akta Jalan dan Saliran.
"Perlu ditekankan di sini bahawa walaupun kita memerlukan pembangunan untuk kemajuan, ia mesti dilaksanakan secara bertanggungjawab tanpa mengorbankan persekitaran," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#undang-undang
#alam sekitar
#Lee Lam Thye
#parit
#longkang
#perparitan
#penyelenggaraan
#banjir kilat
#Lembah Klang
#pembinaan
#tapak pembinaan
#Kontraktor
#tindakan drastik
#hujan lebat
#Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat
#tersumbat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan