awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat melanda Melaka, 40 mangsa dipindahkan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/05/2021
04:28 MYT
Banjir kilat melanda Melaka, 40 mangsa dipindahkan
Beberapa jalan utama di sekitar daerah Melaka Tengah juga telah ditutup bagi mengelakkan laluan kenderaan. - Astro AWANI
AYER KEROH: Hujan lebat lebih enam jam menyebabkan 40 mangsa banjir di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan, kesemua mangsa itu melibatkan tiga buah taman perumahan dan sebuah kampung.
“Panggilan kecemasan awal pihak bomba terima adalah pada jam 9.20 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Padang Temu bersama 28 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi mendapati ada antara kediaman yang dimasuki air sehingga paras dada yang mana semua mangsa itu dari Taman Melawis, Taman Kerjasama, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Sungai Putat,” katanya.
  Antara mangsa banjir yang diselamatkan JBPM. - Astro AWANI
Antara mangsa banjir yang diselamatkan JBPM. - Astro AWANI
Beliau berkata, kerja-kerja pemindahan mangsa seramai 40 orang dari semua kawasan itu kini giat dijalankan dan mangsa akan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah.
Turut digerakkan bagi operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir adalah tiga buah bot dan satu lori angkut.
Antara kawasan lain yang turut terjejas adalah Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak di Melaka tengah, Gangsa di daerah Alor gajah dan Tehel di daerah Jasin.
Beberapa jalan utama di sekitar daerah Melaka Tengah juga telah ditutup bagi mengelakkan laluan kenderaan.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#mangsa
#PPS
#bomba
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan