awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Daerah Muallim

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/09/2023
13:21 MYT
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Daerah Muallim
Hujan lebat yang berterusan kira-kira dua jam pada petang Jumaat menyebabkan kira-kira 56 buah rumah di Kampung Chinggong dinaiki air. - Foto JBPM Perak
TANJUNG MALIM: Hujan lebat yang berterusan kira-kira dua jam pada petang Jumaat menyebabkan kira-kira 56 buah rumah di Kampung Chinggung, Behrang Ulu, dekat sini dinaiki air.
Sehubungan itu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Chinggong pada jam 7.30 malam bagi menempatkan 77 mangsa dari 17 buah keluarga.
Pembukaan PPS itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muallim, Mohamad Fitri Hassan malam ini.
Sementara itu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim memberitahu, pihaknya menerima panggilan dari ketua kampung mengenai kejadian banjir itu pada 6.27 petang.
“Hujan berterusan selama lebih dua jam menyebabkan air Sungai Behrang melimpahi ke kawasan rumah berhampiran,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, keadaan perkarangan rumah penduduk telah surut sepenuhnya dan jalan raya di kampung berkenaan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Bagaimanapun, katanya, mereka masih membuat pemantauan kerana cuaca masih hujan.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#daerah Muallim
#Kampung Chinggung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan