awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kuala Selangor mungkin berpunca daripada takungan banjir kilat di Meru - Amirudin

Bernama
Bernama
12/11/2022
12:48 MYT
Banjir Kuala Selangor mungkin berpunca daripada takungan banjir kilat di Meru - Amirudin
Amirudin berkata ini kerana pihaknya telah mengalihkan pam untuk mengalirkan air yang bertakung di beberapa kawasan terjejas banjir di Meru. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Banjir di Kuala Selangor berkemungkinan berpunca daripada pengaliran air banjir kilat di Meru, Klang ke kawasan berkenaan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata ini kerana pihaknya telah mengalihkan pam untuk mengalirkan air yang bertakung di beberapa kawasan terjejas banjir di Meru.
"Macam hari ini, air yang bertakung, kita dah mengalihkan pam untuk kawasan Meru dan saya dapat lihat Meru sudah mula baik (pulih), mungkin petang ini ataupun selepas beberapa jam nanti.
"...tetapi ada masalah lain lagi iaitu selepas (banjir) Meru, Klang, air itu akan mengalir ke Kuala Selangor pula dan sebab itu hari ini Kuala Selangor sudah mula banjir," katanya kepada pemberita hari ini.
Amirudin yang juga calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Hi-Tea bersama masyarakat India di India Settlement, Gombak.
Beliau berkata bagaimanapun, persediaan kerajaan Selangor menghadapi jangkaan berlakunya banjir seperti aspek penyelamatan dan pusat pemindahan sementara (PPS) pada tahap terbaik.
Khamis lepas dilaporkan beberapa kawasan di sekitar Meru dilanda banjir kilat sedalam 0.3 meter melibatkan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.
Menurut laman web InfoBencanaJKM, setakat 4.30 petang ini, lapan PPS telah dibuka di Selangor iaitu tiga di daerah Klang dan lima di Kuala Selangor yang menempatkan 748 orang daripada 183 keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Kuala Selangor
#banjir kilat Meru
#Klang
#Menteri Besar Selangor Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan