awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal dihanyutkan arus di Felda Kerteh 3

Bernama
Bernama
02/12/2024
07:05 MYT
Banjir: Lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal dihanyutkan arus di Felda Kerteh 3
Motosikal yang digunakan seorang lelaki dijumpai selepas beliau dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan utama di Felda Kerteh 3. - Foto BERNAMA
DUNGUN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, dekat sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir yang mengesahkan kejadian sekitar pukul 5 pagi semalam itu berkata lelaki berkenaan yang berumur 36 tahun bersama dua rakannya memasuki kawasan ladang itu pada hari Sabtu sekitar pukul 5 petang.
Beliau berkata dalam perjalanan pulang, dua rakannya berjaya menyeberang jalan yang dinaiki air dengan menaiki lori, namun motosikal yang ditunggang lelaki itu tiba-tiba dihanyutkan arus deras sebelum terus hilang.
"Rakannya yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun mangsa kemudiannya tidak lagi kelihatan," katanya.
Maizura berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada pukul 7 pagi tadi melibatkan agensi daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta bantuan penduduk kampung," katanya dan menambah motosikal lelaki itu telah ditemukan di sekitar lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#lelaki dikhuatiri lemas
#motosikal dihanyutkan
#Felda Kerteh 3
#Banjir 2024
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan