awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang

Bernama
Bernama
29/01/2025
03:10 MYT
Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Seramai 127 mangsa banjir dipindahkan ke dua PPS di daerah Kota Marudu. - Foto APM Kota Marudu
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak merekodkan 1,026 orang pagi ini susulan bencana yang melanda kawasan selatan negeri berkenaan sejak malam tadi, sementara Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir.
Di Sarawak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri itu melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.
Daerah Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 374 orang di enam PPS dan Siburan dengan 135 mangsa di dua PPS, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Simunjan dengan 73 mangsa, Tatau (34 mangsa), Bintulu (109 mangsa) Kuching (145 mangsa) Miri (139 mangsa) dan Bau (17 mangsa).
Dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki maut manakala empat lagi individu dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi dan usaha mencari mangsa masih giat dijalankan.
Di Sabah, seramai 224 mangsa banjir direkodkan di dua daerah negeri itu setakat pagi ini.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Marudu daripada jumlah itu, 127 dipindahkan ke dua PPS di daerah Kota Marudu manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat Beaufort memaklumkan 97 mangsa lagi berlindung di satu PPS di Beaufort.
Sementara itu, paras air di Sungai Bongon dan Sungai Bandau di Kota Marudu telah melebihi paras waspada iatu 7.14 meter dan 4.93 meter setakat 11 malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Sarawak
#PPS
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan