awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pejabat polis bertukar menjadi PPS tempatkan mangsa

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/01/2021
02:47 MYT
Banjir: Pejabat polis bertukar menjadi PPS tempatkan mangsa
Sebanyak 23 keluarga ditempatkan di PPS itu, termasuk sebilangan kakitangan awam. - Astro AWANI
KEMAMAN:Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman mengambil inisiatif dengan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) sendiri bagi menempatkan kakitangan dan ahli keluarga warga polis yang terjejas akibat banjir.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata PPS itu dibuka sejak Ahad lalu susulan banjir gelombang kelima yang kembali melanda Terengganu.
Katanya sebanyak 23 keluarga ditempatkan di PPS itu, termasuk sebilangan kakitangan awam.
“Tujuan kita membuka PPS di IPD yang saya rasa yang pertama di Malaysia, adalah supaya untuk menepatkan anggota pegawai kakitangan awam.
“Selain itu mereka juga boleh ditugaskan untuk usaha menyelamat dan menjaga keselamatan,” jelasnya.
Beliau berkata langkah yang dilakukan itu juga bagi memastikan pegawai dan anggota tidak bimbang dengan keselamatan ahli keluarga mereka ketika keluar bertugas.
Menurut Hanyan setakat ini kuaters polis tidak dilimpahi air dan mereka yang terjejas ini menetap di kediaman sendiri ataupun menyewa di taman perumahan.
Sementara itu Hanyan sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil risiko meredah air banjir termasuk menggunakan kenderaan.
Katanya ia bagi menggelakkan insiden kereta hanyut dan terperangkap terus berlaku dikawasan bencana.
Topic Berkaitan
#banjir
#terengganu
#PPS
#IPD
#polis
#Hanyan Ramlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan