awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Penggunaan dron untuk operasi menyelamat lebih efektif - Polis

Bernama
Bernama
28/02/2022
11:53 MYT
Banjir: Penggunaan dron untuk operasi menyelamat lebih efektif - Polis
Penggunaan dron ketika operasi menyelamat dan tinjauan di lokasi bencana banjir terutama di kawasan yang sukar dimasuki dilihat sangat efektif. - Gambar fail/BERNAMA
PASIR MAS: Penggunaan dron ketika operasi menyelamat dan tinjauan di lokasi bencana banjir terutama di kawasan yang sukar dimasuki dilihat sangat efektif, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Beliau berkata penggunaan alat itu membolehkan pihak polis mengetahui keadaan sebenar lokasi terbabit termasuk paras air dan laluan di kawasan berkenaan.
"Bencana kali ini agak luar biasa terutamanya di Rantau Panjang apabila terdapat kawasan tertentu yang sebelum ini tidak dinaiki air, tetapi kini turut dilanda banjir sehingga paras air mencapai sedalam lebih satu meter.
BACA: Banjir: Rantau Panjang kini lumpuh, keseluruhan daerah ditenggelami air
"Dengan penggunaan dron ini kita boleh meninjau kawasan berkenaan, sekali gus dapat melancarkan kerja pasukan kami dalam misi menyelamat mangsa banjir," katanya kepada pemberita selepas meninjau dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lati di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata sehingga kini pasukan penyelamat menerima banyak panggilan kecemasan daripada mangsa banjir dari kawasan yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir.
"Walaupun banjir agak luar biasa, keadaan dilihat masih terkawal dan jumlah anggota polis di Kelantan setakat ini mencukupi untuk misi bantuan termasuk mendapat bantuan daripada 55 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) khusus bagi Pasir Mas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#dron
#banjir kelantan
#Polis Kelantan
#bantuan banjir
#bencana banjir
#mangsa banjir
#Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan