awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pusat Khidmat Hasil daerah Hulu Terengganu terpaksa ditutup - LHDN

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2017
10:58 MYT
Banjir: Pusat Khidmat Hasil daerah Hulu Terengganu terpaksa ditutup - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan air mula memasuki premis terbabit petang tadi dan ia hanya akan beroperasi semula sehingga keadaan banjir pulih. - Gambar hiasan
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu menyebabkan Pusat Khidmat Hasil (PKH) di daerah tersebut terpaksa ditutup.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan air mula memasuki premis terbabit petang tadi dan ia hanya akan beroperasi semula sehingga keadaan pulih.
"Pusat Khidmat Hasil (PKH) Hulu Terengganu, Terengganu telah mula dinaiki air mulai petang ini. Justeru, PKH Hulu Terengganu ditutup sementara mulai Rabu, 4 Januari 2017 sehingga keadaan pulih seperti sediakala mengikut nasihat daripada pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
LHDNM juga meminta orang ramai yang ingin berurusan dengan agensi kerajaan itu agar mengunakan perkhidmatan atas talian melalui portal rasmi www.hasil.gov.my atau berkunjung ke mana-mana pejabat LHDNM yang berhampiran.
Sementara itu, angka mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 13,547 pada hari ini berbanding hanya 4,352 malam semalam.
Pusat pemindahan di negeri terbabit juga meningkat kepada 124 berbanding 77.
Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui aplikasi 'Infobanjir' memaklumkan Daerah Besut merekodkan jumlah mangsa teramai dengan 4, 152 mangsa melibatkan 1, 147 keluarga yang dipindahkan ke 51 pusat pemindahan.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, memaklumkan tahap paras air di enam sungai sudah melepasi paras bahaya.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir terengganu
#Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan