awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir ragut tujuh nyawa ketika perlawanan bola sepak

Agensi
Agensi
29/08/2019
04:36 MYT
Banjir ragut tujuh nyawa ketika perlawanan bola sepak
Banjir sering berlaku di Maghribi. - Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut semalam apabila air sungai melimpah dan membanjiri padang bola di sebuah kampung ketika perlawanan sedang berlangsung di selatan Maghribi, kata pihak berkuasa.
Mangsa termasuk seorang remaja berusia 17 tahun dan enam lelaki warga emas yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak di Kampung Tizert, wilayah Taroudant.
Menurut pihak berkuasa, penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cedera akibat banjir dan masih mencari seorang lagi mangsa yang hilang.
Seorang penduduk memberitahu agensi berita, air sungai berkenaan melimpah dan menenggelamkan padang terbabit di mana satu perlawanan bola sepak amatur sedang berlangsung.
Saksi yang enggan dikenali berkata, lapan orang yang berlindung di bilik persalinan dihanyutkan banjir.
Terdahulu, perkhidmatan cuaca kebangsaan Maghribi memberi amaran risiko hujan ribut di beberapa wilayah.
Banjir sering berlaku di Maghribi, pada penghujung Julai, 15 maut dalam insiden tanah runtuh susulan banjir kilat di selatan Marrakesh. - Agensi
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#bola sepak
#Maghribi
#mangsa
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan