Banjir Sabah beransur pulih, 82 mangsa masih berlindung di PPS

Perkembangan positif berkenaan turut dapat dilihat pada jumlah kawasan terjejas, dengan hanya lima kampung masih terkesan banjir setakat petang ini.
Keadaan banjir di Sabah beransur pulih apabila jumlah mangsa mencatatkan penurunan ketara kepada 82 mangsa daripada 29 keluarga di Beaufort, setakat 4 petang ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan angka tersebut jauh lebih rendah berbanding 363 mangsa daripada 133 keluarga yang direkodkan pada 8 pagi tadi.
"Kesemua mangsa masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan DUN Banir yang dibuka sejak 25 Feb lepas," menurut kenyataan itu.
Perkembangan positif berkenaan turut dapat dilihat pada jumlah kawasan terjejas, dengan hanya lima kampung masih terkesan banjir setakat petang ini, berbanding 93 kampung pada sebelah pagi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

