awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih

Bernama
Bernama
13/02/2025
14:54 MYT
Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi. - Gambar fail/APM
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan terus berkurangan kepada 107 orang daripada 29 keluarga berbanding 169 orang daripada 43 keluarga pada 4 petang tadi.
"Sebuah PPS ditutup di Kinabatangan malam ini, menjadikan hanya tinggal satu PPS dibuka di daerah itu," menurut jawatankuasa itu.
Sementara itu di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di dua PPS di Bahagian Miri sedikit menurun iaitu 202 orang berbanding 205 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan dua PPS itu ialah Dewan Masyarakat Beluru yang kini menempatkan 137 orang serta SMK Bakong Beluru dengan 65 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sabah
#Sarawak
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan