awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur didakwa bunuh teman wanita

Bernama
Bernama
10/02/2026
05:30 MYT
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penganggur Lim Chee Seong dibawa Mahkamah Majistret Yong Peng bagi menghadapi pertuduhan membunuh teman wanitanya di Taman Damai, bulan lepas. - Foto Bernama
BATU PAHAT: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di Taman Damai, bulan lepas.
Lim Chee Seong, 44, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa membunuh Lim Bee Lan, 41, di sebuah rumah di Taman Damai, Batu Pahat antara 10 malam hingga 11 pagi pada 26 dan 27 Jan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan sehingga 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 April.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Taman Damai selepas gagal dihubungi ahli keluarganya selama tiga hari.
Pemeriksaan di rumah itu juga menemukan seorang lelaki dalam keadaan kritikal akibat kesan kelar pada bahagian leher serta pergelangan tangan.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#penganggur didakwa
#bunuh teman wanita
#Batu Pahat
#Lim Chee Seong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan