awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Selangor: Menteri Besar hubungi Perdana Menteri mohon bantuan Persekutuan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/12/2021
13:04 MYT
Banjir Selangor: Menteri Besar hubungi Perdana Menteri mohon bantuan Persekutuan
Kerajaan Negeri Selangor memohon bantuan daripada kerajaan Persekutuan untuk menangani bencana banjir yang disifatkan terburuk dalam tempoh tujuh tahun ini.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah memohon bantuan daripada kerajaan Persekutuan untuk menangani bencana banjir yang disifatkan terburuk dalam tempoh tujuh tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam perkongsian terbaharu di Twitternya berkata, beliau telah menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memohon bantuan aset Persekutuan.
Dalam masa sama, Amirudin turut menghubungi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon agar aset dan anggota keselamatan dapat digerakkan untuk tujuan proses pemindahan dan menyelamatkan mangsa banjir.
“Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri @IsmailSabri60 memohon bantuan bagi mangsa banjir di Selangor. Kerajaan Negeri memohon bantuan aset-aset Persekutuan dan penglibatan tentera bagi menyelamatkan seramai mungkin mangsa banjir yang terkandas ketika ini.
“Saya turut menghubungi Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Seri @HishammuddinH2O agar aset dan anggota keselamatan dapat digerakkan bagi membantu proses pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir yang terkandas di Selangor,” kata Amirudin dalam hantaran itu.
Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri @IsmailSabri60 memohon bantuan bagi mangsa banjir di Selangor. Kerajaan Negeri memohon bantuan aset-aset Persekutuan dan penglibatan tentera bagi menyelamatkan seramai mungkin mangsa banjir yang terkandas ketika ini.
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 18, 2021
Saya turut menghubungi Menteri Kanan Pertahanan YB Dato Seri @HishammuddinH2O agar aset dan anggota keselamatan dapat digerakkan bagi membantu proses pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir yang terkandas di Selangor. https://t.co/5EW05cUNzb
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) December 18, 2021
BACA: Banjir di Selangor: Taburan hujan luar biasa, jumlah mangsa dijangka cecah 5,000 - MB
Awal hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua itu berkata, jumlah terkini pusat pemindahan sementara (PPS) dijangka meningkat kepada 50 buah malam ini.
Amirudin berkata, beliau telah mengarahkan Air Selangor untuk menyediakan tangki air bergerak untuk ditempatkan di PPS untuk kegunaan penduduk yang berada di situ.
Kesemua usaha itu, jelasnya lagi, akan diselaraskan oleh Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang yang beroperasi 24 jam sehari berpusat di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#aset persekutuan
#Amirudin Shari
#Hishammuddin Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan