awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir teruk dijangka landa Sarawak - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
23/12/2015
11:46 MYT
Banjir teruk dijangka landa Sarawak - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Kami (kerajaan) khuatir mungkin kali ini banjir di Sarawak teruk tapi kita berdoa semoga tidak alami masalah. - Gambar fail
Pihak berkuasa diarahkan memberi tumpuan serta melakukan persiapan sewajarnya terhadap kemungkinan banjir teruk melanda Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata berdasarkan ramalan kaji cuaca, banjir di Sarawak adalah teruk tahun ini, manakala keadaan sebaliknya di Pantai Timur Semenanjung.
Beliau berkata sebagai persiapan menghadapi bencana alam itu di Sarawak, pelan pengurusan banjir Kemaman, Terengganu akan dijadikan panduan.
"Kami (kerajaan) khuatir mungkin kali ini banjir di Sarawak teruk tapi kita berdoa semoga tidak alami masalah.
"Mungkin kawasan Pantai Timur (Semenanjung) tidak akan mengalami (banjir teruk) sama macam tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Zambia Inonge Mutukwa Wina di sini hari ini.
Pelan Pengurusan Banjir Kemaman merangkumi pelbagai peringkat persediaan iaitu sebelum banjir, ketika banjir dan selepas banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga diarahkan ke Sarawak membantu Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan Agensi Pengurusan Bencana Negara membuat persiapan, kata Ahmad Zahid.
Mengulas mengenai pertemuan dengan Mutukwa Wina, Timbalan Perdana Menteri berkata Zambia berminat mempelajari cara Malaysia membangunkan sektor pertanian.
"Mereka (Zambia) berhajat tingkatkan pertanian kerana mahu menukar kebergantungan dalam bentuk mineral kepada pertanian," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#banjir
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan