awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Rakyat perkukuh keselamatan siber selepas kena denda RM1 juta

Bernama
Bernama
01/04/2026
11:41 MYT
Bank Rakyat perkukuh keselamatan siber selepas kena denda RM1 juta
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan. - BERNAMA
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan.
Terdahulu, hari ini, Bank Negara Malaysia mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Rakyat susulan pelanggaran melibatkan keselamatan siber dan perlindungan maklumat pelanggan pada 20 Januari 2026.
Bagaimanapun, Bank Rakyat mengesahkan bahawa perkara itu sudah ditangani dan tindakan pemulihan sewajarnya telah dilaksanakan berikutan notis awam mengenai AMP yang melibatkan insiden keselamatan siber pada 2024.
“Usaha ini merangkumi pengukuhan dalam keupayaan pemantauan, pengesanan ancaman dan pengawasan tadbir urus, selaras dengan jangkaan tadbir urus dan amalan industri,” kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Bank Rakyat turut menekankan bahawa ia kekal komited untuk memastikan persekitaran perbankan yang selamat dan boleh dipercayai bagi semua pelanggannya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Bank Rakyat
#BNM
#keselamatan siber
#AMP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan