Bank Rakyat umum dividen 18 peratus RM534.7 juta bagi tahun kewangan 31 Dis 2025

Dividen ini akan memanfaatkan sejumlah 783,324 anggota yang akan mula dibayar bermula hari ini. -Gambar fail/Bernama
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
Dividen ini akan memanfaatkan sejumlah 783,324 anggota yang akan mula dibayar bermula hari ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong berkata jumlah pembayaran tersebut adalah yang tertinggi sejak 10 tahun yang lepas.
“Prestasi kewangan yang memberangsangkan ini membolehkan Bank Rakyat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai penghargaan kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan dividen Bank Rakyat hari ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

