awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel dan Lubnan setuju gencatan senjata selama 10 hari - Trump
Kerajaan MADANI semarak agenda perkasa usahawan bumiputera, sasar pelaburan GLIC RM2 bilion - PM Anwar
Cubaan bunuh Presiden Madagascar digagalkan - Pejabat Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank of Thailand semak turun unjuran ekonomi susulan peningkatan inflasi, penurunan jumlah pelancong

Astro AWANI
Astro AWANI
16/04/2026
07:19 MYT
Bank of Thailand semak turun unjuran ekonomi susulan peningkatan inflasi, penurunan jumlah pelancong
Semakan itu dibuat memandangkan Thailand sangat bergantung kepada import tenaga dan sektor pelancongan yang kini terjejas teruk akibat krisis berkenaan. -Gambar fail/Xinhua
Bank of Thailand (BOT) menyemak turun unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu bagi tahun 2026 kepada 1.3 peratus berbanding jangkaan awal 1.9 peratus berikutan impak peperangan yang berlarutan di Asia Barat.
Penolong Gabenor BOT, Chayawadee Chai-anant memberi amaran bahawa tiada had bagi senario ekonomi terburuk sekiranya konflik melibatkan Iran itu terus berlanjutan melampaui separuh kedua tahun ini.
Semakan itu dibuat memandangkan Thailand sangat bergantung kepada import tenaga dan sektor pelancongan yang kini terjejas teruk akibat krisis berkenaan.
Laporan bank pusat itu mendedahkan ketibaan pelancong dari negara-negara Teluk menjunam hampir ke paras sifar pada Mac lalu, manakala jumlah pelawat dari Malaysia turut merosot susulan peningkatan mendadak kos bahan api.
Kadar inflasi di Thailand dijangka mencecah 3.5 peratus, namun kerajaan tidak menolak risiko stagflasi sekiranya harga minyak terus melonjak dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jatuh ke paras 0.2 peratus.
Meskipun berdepan tekanan inflasi yang didorong oleh masalah bekalan, BOT menyatakan kenaikan kadar faedah mungkin tidak akan dipertimbangkan dalam masa terdekat bagi mengelakkan tekanan tambahan kepada ekonomi domestik.
Langkah ini mencerminkan cabaran besar yang dihadapi oleh ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu dalam mendepani gangguan rantaian bekalan dan lonjakan kos sara hidup global.
Topic Berkaitan
#Thailand economy
#Bank of Thailand
#konflik Iran
#perang Asia Barat
#inflasi Thailand
#pelancongan Thailand
#harga minyak
#ekonomi Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan