awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan ke Gaza merosot 80 peratus sejak serangan Israel-AS di Iran

Bernama
Bernama
20/03/2026
02:10 MYT
Bantuan ke Gaza merosot 80 peratus sejak serangan Israel-AS di Iran
Penurunan mendadak dalam aliran bantuan memberi kesan kepada keadaan kehidupan, dengan peningkatan ketara harga makanan serta kekurangan barangan asas di Semenanjung Gaza. - Gambar fail Reuters
Jumlah trak bantuan yang memasuki Semenanjung Gaza merosot kira-kira 80 peratus berdasarkan anggaran antarabangsa sejak bermulanya serangan Israel-Amerika Syarikat (AS) di Iran.
Purata mingguan menurun daripada kira-kira 4,200 trak sebelum serangan kepada 590 pada minggu pertama, kemudian meningkat kepada 1,137 pada minggu kedua, manakala minggu ini setakat petang Selasa, jumlah itu tidak melebihi 400 trak, lapor agensi berita Palestin (WAFA).
Pada masa sama, penurunan mendadak dalam aliran bantuan memberi kesan kepada keadaan kehidupan, dengan peningkatan ketara harga makanan serta kekurangan barangan asas di Semenanjung Gaza.
Harga bagi seguni tepung seberat 25 kilogram meningkat kepada kira-kira 100 shekel, tiga kali ganda berbanding harga sebelumnya, manakala harga satu kilogram tomato naik daripada sekitar lima shekel kepada 12 shekel.
Sementara itu, barangan seperti minyak masak dan makanan dalam tin dilaporkan telah kehabisan di pasaran.
Dalam sektor kesihatan, sumber perubatan melaporkan, kekurangan peralatan perubatan yang semakin serius serta memberi amaran mengenai risiko kegagalan grid kuasa yang bergantung kepada generator berikutan kekurangan bahan api dan alat ganti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran mengenai kekurangan ubat-ubatan dan bekalan perubatan yang semakin meruncing.
Sementara itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menegaskan bahawa bantuan yang disalurkannya “menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan keluarga mereka di Gaza,” sambil memberi amaran bahawa sebarang gangguan akan terus memburukkan lagi keadaan kemanusiaan.
-- BERNAMA-WAFA
Topic Berkaitan
#bantuan Gaza
#bantuan kemanusiaan
#perang Iran-Israel
#Amerika serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan