awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Sara Hidup dibayar 6 Jun

Najib Aroff
Najib Aroff
31/05/2018
09:24 MYT
Bantuan Sara Hidup dibayar 6 Jun
Guan Eng turut mengumumkan bonus Hari Raya berjumlah RM400 kepada penjawat awam Gred 41 dan ke bawah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018 peringkat kedua akan mula diberikan 6 Jun ini melibatkan hampir 4.1 juta penerima.
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ia melibatkan anggaran peruntukan RM1.6 bilion.
“Kerajaan berharap pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan menyambut Aidilfitri.
“Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan dihantar terus ke alamat penerima.
“Ia boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran,” katanya dalam satu sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng turut mengumumkan bonus Hari Raya berjumlah RM400 kepada penjawat awam Gred 41 dan ke bawah.
Kata Guan Eng bantuan RM200 turut diberikan kepada pesara melibatkan peruntukkan sebanyak RM700 juta.
“Kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf peranan penting kakitangan awam dahulu dan sekarangh dalam membangunkan negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Bantuan Sara Hidup
#bonus
#BR1M
#BSH
#hari raya
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#Pakatan Harapan
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan