awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
10/01/2025
02:40 MYT
BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Menurut KPM, inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan baharu.
KUALA LUMPUR: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi 2024/2025 akan diagih bermula 13 Januari, Isnin ini.
Pada masa sama, agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan bermula 16 Februari ini.
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini, beberapa keadah agihan BAP kepada murid akan dilakukan termasuk oleh pihak sekolah menggunakan kaedah serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah).
"Agihan juga menggunakan kaedah lain seperti pengkreditan ke akaun bank murid atau pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).
"Kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid.
"Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6," ujarnya.
Jelas KPM lagi, inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan Madani untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.
Topic Berkaitan
#bantuan awal persekolahan
#pelajar Tingkatan 6
#sekolah
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan