awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Bekas Menteri Luar Iran kritik pendekatan AS selepas rundingan gagal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa didakwa bunuh anak perempuan dengan parang

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2014
08:52 MYT
Bapa didakwa bunuh anak perempuan dengan parang
-gambar arkib
Seorang bapa didakwa pagi tadi atas tuduhan membunuh anak perempuannya dengan parang di rumahnya minggu lalu dan dua tuduhan cubaan membunuh.
Pertuduhan ke atas Norazman Mohammad, 43, daripada Kajang, dibacakan di hadapan Majistret A Jalil Salam di Hospital Kajang, menurut satu laporan Harian Metro.
Tiada pengakuan direkodkan bagi tuduhan pertama tertuduh tetapi tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Dakwaan itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya S Abirami mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sebutan kes ditetapkan pada 25 Februari ini.
Dalam kejadian jam 4.15 petang Khamis lalu, tertuduh dilaporkan mengelar anak perempuannya yang berusia 7 tahun dan turut mencederakan dua lagi anaknya masing-masing berusia 10 dan 12 tahun.
Seorang daripada mereka dilaporkan putus jari namun kini berada dalam keadaan stabil. Tertuduh dijumpai cedera selepas insiden itu dan terus diberkas.
Mahkamah juga akan membuat keputusan jika suspek perlu dirujuk kepada pakar psikiatri selepas pertuduhan dilakukan.
Topic Berkaitan
#bapa
#bunuh
#mahmamah
#Norazman Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan