awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa kanak-kanak Rusia disengat ubur-ubur harap keselamatan Pantai Chenang ditingkatkan

Bernama
Bernama
22/11/2025
15:21 MYT
Bapa kanak-kanak Rusia disengat ubur-ubur harap keselamatan Pantai Chenang ditingkatkan
Anak Nikita dan isterinya, Olga, menghembuskan nafas terakhir di HSB pada Rabu selepas bertarung nyawa sejak kejadian itu pada 15 November lepas. - Bernama
ALOR SETAR: Bapa kanak-kanak warga Rusia yang maut akibat disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi, baru-baru ini berharap kejadian yang menimpa anaknya dapat dijadikan iktibar.
Nikita Lakubanets, 32, berkata langkah keselamatan di pantai pulau peranginan itu perlu dipertingkatkan bagi melindungi orang ramai daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Mereka harus meningkatkan keselamatan pantai bagi mengelak tragedi serupa. Kematian anak lelaki kami menunjukkan masalah ini sangat serius dan ia meninggalkan kesan yang mendalam.
"Kami berharap dapat melihat penyelesaian kepada masalah ini. Harapan kami, anak saya adalah individu terakhir yang meninggal dunia kerana insiden seperti itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Nikita dan isteri Olga, 32, menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.
Anak pasangan itu, Vladimir yang berusia dua tahun menghembuskan nafas terakhir di HSB pada Rabu selepas bertarung nyawa sejak kejadian itu pada 15 November lepas.
Pasangan itu merancang untuk melakukan proses pembakaran mayat sebelum abu anak mereka dibawa pulang ke Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keluarga rusia
#anak disengat
#ubur-ubur
#Pantai Chenang
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan