awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa lima anak didakwa buat komunikasi jelik berkaitan darurat

Bernama
Bernama
03/07/2021
03:00 MYT
Bapa lima anak didakwa buat komunikasi jelik berkaitan darurat
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Wan Mohd Aman (tengah) diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 3 Ogos untuk sebutan semula kes. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang bapa lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas pertuduhan membuat komunikasi jelik berhubung Proklamasi Darurat melalui aplikasi Facebook miliknya, pada Januari lepas.
Wan Mohd Aman Wan Mohd Ishak, 40, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil 'Aman Muhammad' pada 10.59 pagi, 12 Jan lepas.
Pautan itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada 4.12 petang, tarikh sama (12 Jan).
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohd Yusoff Yakob yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah, dengan alasan anak guamnya kini tidak bekerja serta menanggung lima anak berusia dua hingga 12 tahun.
"Anak guam saya yang tinggal di Kelantan telah memberi kerjasama baik dengan pihak polis sepanjang siasatan dilakukan," kata peguam itu.
Hakim Mahyon Talib membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 3 Ogos untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Facebook
#komunikasi jelik
#bapa
#darurat
#Proklamasi Darurat
#menyakitkan hati orang lain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan