awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa saksi anak dibaham buaya depan mata

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2026
23:47 MYT
Bapa saksi anak dibaham buaya depan mata
Pasukan bomba tiba di lokasi mangsa dibaham buaya untuk operasi SAR. - Foto Sinar Harian
Seorang bapa berdepan detik memilukan apabila menyaksikan anaknya menjadi mangsa dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Segaliud pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Mohd Rayyan Abdullah, 28, dilaporkan hilang daripada pandangan selepas disambar haiwan berkenaan ketika berada di sungai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.22 malam.
"Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai.
"Menurut bapa mangsa yang turut berada di lokasi, anaknya telah dibaham buaya di hadapannya sendiri," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Kinabatangan.
"Pasukan bomba segera bergegas ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dibaham buaya
#Sungai
#menjala udang
#Kinabatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan