awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan tampung kos perbicaraan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2026
23:27 MYT
Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan tampung kos perbicaraan
Hantaran yang dimuat naik Zaim Ikhwan di Instagram. - Foto Sinar Harian
Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos perbicaraan kes yang sedang dihadapinya bersama isteri, Ismanira Abdul Manaf di peringkat Mahkamah Tinggi.
Zaim Ikhwan berkata, sejak kes pertuduhan bermula di Mahkamah Sesyen, mereka sudah membelanjakan kira-kira RM200,000 bagi menampung kos guaman dan urusan berkaitan mahkamah.
"Dengan rendah hati ingin merayu dan memohon jasa baik serta keprihatinan daripada saudara mara, rakan-rakan dan orang ramai untuk membantu saya dan isteri dalam menampung kos di Mahkamah Tinggi.
"Kini, kami memerlukan lebih kurang RM65,000 lagi untuk menampung kos di Mahkamah Tinggi pula," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.
Dalam pada itu Zaim menegaskan, segala usaha yang dilakukan adalah demi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat arwah anaknya serta keluarga mereka.
"Saya merayu orang ramai untuk membantu menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan buat seluruh keluarga kami termasuk arwah Zayn Rayyan," ujarnya.
Pada Januari lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tahun lalu.
Zaim Ikhwan kekal bebas daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, tiga tahun lalu.
Terdahulu pada 31 Oktober tahun lalu, Ismanira dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah mendapati wanita itu bersalah melakukan pengabaian terhadap anak sulungnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kos guaman
#perbicaraan
#Zaim Ikhwan Zahari
#Zayn Rayyan Abdul Matin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan