awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian
KUSKOP agih RM906 juta bawah DEWI, manfaatkan 106,100 usahawan wanita
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barangan dalam rumah milik bekas Ketua UMNO Gopeng disita

Bernama
Bernama
23/12/2015
14:52 MYT
Barangan dalam rumah milik bekas Ketua UMNO Gopeng disita
Barang-barang dalam rumah bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng di Kampung Tersusun, Batu Gajah, diperintah disita oleh Mahkamah selepas Hamidah gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah. - Foto Bernama
Barangan dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman di Kampung Tersusun Jalan Gopeng di sini, disita kerana beliau gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah pada tahun 2011.
Peguam kepada Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Nadzratun Naim Hammad Azizi berkata perintah sita itu dikeluarkan selepas Hamidah gagal membayar ganti rugi berkenaan kepada Khalid yang memenangi kes saman fitnah terhadap bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat itu.
Nadzratun berkata tindakan sita itu dilakukan berdasarkan writ penyitaan dan penjualan yg dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kepada bailif Mahkamah Tinggi Ipoh, katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Khalid turut diwakili peguam Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman.
Pada 27 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu" di dalam blognya pada sekitar Januari 2010 yang mana dalam itu, Hamidah didakwa memuatkan gambar 'superimposed' Khalid berpakaian ala seorang paderi.
Sementara itu, Hamidah ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Topic Berkaitan
#Hamidah Osman
#Khalid Samad
#nadzratun naim hammad azizi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan