awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
05/02/2025
20:00 MYT
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk, kata Dr Zaliha. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu merupakan hasil perbincangan beliau bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
"(Langkah ini) sebahagian daripada komitmen pemerkasaan komuniti bandar. Sebelum ini, kita telah melaksanakan latihan kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) asas gunting rambut selama empat hari yang turut merangkumi amali bagi melengkapkan peserta bersedia memulakan perniagaan mereka sendiri," katanya.
Dr Zaliha berkata demikian semasa merasmikan kedai gunting rambut Community's Barbershop di PA Seri Perlis 2, di sini hari ini, yang diusahakan usahawan belia di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI).
Beliau berkata, empat peserta terbaik daripada program itu berjaya memulakan perniagaan sendiri di PA Seri Perlis 2 dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kadar sewa premis berpatutan iaitu RM250 sebulan.
"Kita berikan identiti premis ini sebagai 'Barber Komuniti' dan mereka yang berminat, boleh terus berhubung dengan pihak DBKL," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barber Komuniti
#diperluas
#PPR
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan