awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru dibuka sehari, WCE catat kemalangan pertama

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/06/2019
11:12 MYT
Baru dibuka sehari, WCE catat kemalangan pertama
Suasana jajaran Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) persimpangan Hutan Melintang-Teluk Intan pada 31 Mei 2019. - BERNAMA
Jajaran Seksyen 8 Lebuh Rraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Hutan Melintang-Teluk Intan yang dibuka Jumaat lalu telah mencatatkan kemalangan pertama pada Sabtu.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 10.30 malam di KM157.3 WCE arah selatan membabitkan sebuah kereta.
Insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki sedang memandu bersendirian apabila kenderaannya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar besi penghadang jalan.
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Sabak Bernam, Selangor dari Teluk Intan, Perak apabila kejadian berlaku.
"Kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan dan kiri pintu," kata Mohd Marzuki pada Ahad.
WCE dibuka bermula jam 6 petang, Jumaat lalu dengan laluan sepanjang 19.1km yang antara lain untuk mengurangkan kesesakan terutama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ini.
Mohd Marzukhi menasihatkan pengguna lebuh raya itu supaya lebih berhati-hati dan mematuhi had laju, lebih-lebih lagi kerana ia baru sahaja dibuka dua hari lalu.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
#lebuhraya wce
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan