awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 4 bulan maut kereta dirempuh pacuan empat roda

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
25/03/2021
14:58 MYT
Bayi 4 bulan maut kereta dirempuh pacuan empat roda
Rempuhan kuat berkenaan menyebabkan kereta Perodua Myvi itu remuk teruk di bahagian hadapan.
PAPAR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut manakala abang serta ibu dan bapanya cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai dirempuh pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 20 Jalan Papar-Beaufort, di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu jam 1.20 tengah hari membabitkan sebuah Toyota Hilux dan Perodua Myvi.
Katanya, siasatan awal mendapati pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 40 tahun bergerak dari arah Papar menuju ke Membakut.
“Sebaik tiba di lokasi, pacuan empat roda berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta mangsa.
“Perodua Myvi berkenaan dipandu lelaki berusia 30 tahun bersama isteri dan anak lelakinya masing-masing berusia lima tahun dan empat bulan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Batholomew berkata, rempuhan kuat berkenaan menyebabkan kereta Perodua Myvi itu remuk teruk di bahagian hadapan.
“Semua mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba. Namun seorang bayi empat bulan disahkan maut oleh pasukan perubatan.
“Pemandu pacuan empat roda pula hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.
Batholomew berkata, mayat bayi dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat manakala ahli keluarga lain dihantar ke bahagian kecemasan untuk rawatan.
Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Topic Berkaitan
#bayi maut kemalangan
#Papar
#bayi empat bulan
#ahli keluarga cedera
#Myvi
#dirempuh
#Toyota Hilux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan