awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan dua saksi

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2024
04:00 MYT
Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan dua saksi
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah. - Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi lelaki maut selepas dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dua individu itu merupakan saksi kejadian.
"Suspek masih belum dikenal pasti. Setakat ini, kita telah merakam percakapan dua saksi bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bedah siasat terhadap bayi berkenaan akan dijalankan pada jam 2 petang ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Bayi bertali pusat dicampak dari aras tinggi kondominium
Pada Sabtu media melaporkan, polis menerima panggilan daripada orang Awam memaklumkan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang.
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi sehingga mengakibatkan bahagian kepala pecah.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#campak bayi
#kondominium Sri Petaling
#bertali pusat
#polis brickfields
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan