awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Rakyat AS mungkin akan ‘rindu’ harga minyak AS$5 tidak lama lagi - Speaker Parlimen Iran
AMRO gesa ASEAN+3 perkukuh pengurusan fiskal hadapi gelombang kejutan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang

Bernama
Bernama
10/09/2024
15:57 MYT
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Mohd Rosdi berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman esok. - Gambar hiasan/Freepix
KOTA BHARU: Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pengabaian hingga menyebabkan kematian seorang bayi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 8.24 pagi semalam.
"Hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 5.30 pagi di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu.
"Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata berikutan itu suspek iaitu jururawat berusia lingkungan 20-an dan masih bujang ditahan pada 6 petang tadi.
Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman esok.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#bayi
#permohonan reman
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan