awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi tiga bulan maut dalam jagaan bapa positif dadah

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2020
04:04 MYT
Bayi tiga bulan maut dalam jagaan bapa positif dadah
Bayi malang itu dijaga oleh bapanya ketika nenek dan ibunya keluar berniaga di sebuah warung makanan di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah pada awal pagi. - Gambar hiasan
Seorang bayi tiga bulan meninggal dunia semasa dalam jagaan bapanya yang positif dadah.
Kejadian yang berlaku di Gelang Patah kira-kira jam 5.15 petang itu disedari ibu dan nenek mangsa apabila pulang dari berniaga di gerai makan.
Mereka kemudian mendapati bayi itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, nenek dan ibu bayi malang berkenaan membawanya ke Klinik Kesihatan Gelang Patah bagi mendapatkan rawatan.
Hasil siasatan mendapati, selain mangsa, dua lagi adik-beradiknya masing-masing berusia enam dan empat tahun juga tinggal dijaga lelaki berusia 31 tahun itu.
Bagaimanapun, siasatan pada badan bayi tersebut tidak menunjukkan sebarang kecederaan.
Sementara itu, bapa bayi malang itu telah ditahan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#bayi
#Dadah
#kesihatan
#lelaki
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan