awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan bawa pulang ahli digantung, dibuang langkah awal penyatuan UMNO - Bastien Onn
Bantuan tanam semula getah Risda di Sarawak meningkat kepada RM23,000 sehektar
Amira Aisya jadi Presiden baharu MUDA, tekad bela nasib rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar Jalan TAR jadi tumpuan orang ramai menjelang Syawal

Bernama
Bernama
14/03/2026
10:03 MYT
Bazar Jalan TAR jadi tumpuan orang ramai menjelang Syawal
Bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) terus menjadi tumpuan ramai dengan pelbagai pilihan pakaian raya, kuih-muih, dan kelengkapan Hari Raya yang lain. - Foto Bernama
Bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini yang terkenal sebagai lokasi kelengkapan raya dengan tawaran harga berpatutan terus menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara untuk persiapan Aidilfitri.
Tinjauan mendapati suasana di Jalan TAR meriah dengan pengunjung membeli barangan seperti kuih raya, kelengkapan baju raya serta sampul duit raya.
Juruukur bahan di Jabatan Kerja Raya Nor Zamzarina Abdul Rashid, 45, memanfaatkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 untuk membeli barangan persiapan bagi menyambut Syawal yang bakal tiba.
“BKK ini meringankan beban saya dan keluarga. Saya gunakan bagi (membeli) persiapan raya di Jalan TAR, suami pula pergi ke pusat servis kenderaan untuk persiapan sebelum pulang ke kampung di Kedah,” katanya.
Pengurus media sosial Muhammad Shafwan Mohd Zaidon, 32, berkata harga barangan yang lebih rendah serta kemeriahan di Bazar Jalan TAR berbanding lokasi lain menjadikan tempat itu sebagai persinggahan wajib baginya setiap tahun menjelang Syawal.
“Perbelanjaan raya pada tahun ini bertambah berbanding tahun lepas kerana baru sahaja menimang cahaya mata. Jadi saya memilih Bazar Jalan TAR sebab lebih murah dan banyak pilihan selain ‘vibe’ (suasana) di kawasan ini menyeronokkan,” kata anak jati Kuala Lumpur itu.
Bagi pengunjung dari Brunei, Faridah Norsalam, 39, kunjungannya bersama suami ke Bazar Jalan TAR kerana variasi pakaian serta barangan yang dijual di situ.
“Saya membeli beberapa pasang baju raya dan kelengkapan raya yang lain untuk dibawa pulang ke Brunei sebagai persiapan raya,” katanya.
Sementara itu, peniaga baju kurta dan baju Melayu, Muhammad Farhan Khairul Nizan, 27, berkata jualan amat memberangsangkan terutama pada penghujung Ramadan ini.
“Saya jangkakan jualan akan terus meningkat dan stok mungkin habis terjual sebab semakin ramai orang datang memandangkan Hari Raya akan tiba tak lama lagi,” katanya yang turut menerima pelanggan dari Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bazar
#jalan tar
#baju raya
#BKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan