awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bazar NADI 2026 perkasa usahawan komuniti, libatkan 1,098 lokasi seluruh negara

Bernama
Bernama
14/03/2026
03:23 MYT
Bazar NADI 2026 perkasa usahawan komuniti, libatkan 1,098 lokasi seluruh negara
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memperluaskan peranannya sebagai platform ekonomi komuniti menerusi penganjuran Bazar NADI 2026 yang berlangsung serentak di 1,098 pusat NADI di seluruh negara sempena musim perayaan Aidilfitri.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memperluaskan peranannya sebagai platform ekonomi komuniti menerusi penganjuran Bazar NADI 2026 yang berlangsung serentak di 1,098 pusat NADI di seluruh negara sempena musim perayaan Aidilfitri.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan, inisiatif itu bertujuan memperkasa usahawan komuniti selain membuka lebih banyak peluang pemasaran menjelang musim perayaan.
“Bazar ini dianjurkan sebagai platform untuk memperkasa usahawan komuniti serta meluaskan peluang pemasaran menjelang musim perayaan,” menurut kenyataan tersebut.
Tambah MCMC, bagi edisi tahun ini program berkenaan menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 usahawan, iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding lebih 5,000 usahawan yang terlibat pada tahun 2025.
Terdahulu, majlis pelancaran Bazar Raya NADI peringkat nasional telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada 7 Mac lalu di NADI PPR Kerinchi sebagai simbolik pelancaran program tersebut.
Selain NADI PPR Kerinchi, program ini turut dipromosikan di beberapa lokasi tumpuan utama lain termasuk NADI Sungai Tua di Gombak, NADI Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 di Ipoh, Padang Bola Sri Johor 4AB di Bandar Tun Razak, Kulai di Johor serta NADI Kubang Semang di Pulau Pinang bagi memperluas keterlihatan dan impak program di seluruh negara.
Dalam pada itu, MCMC memaklumkan, selain aktiviti jualan, program tersebut turut menampilkan pengisian komuniti seperti penganjuran Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan internet serta penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.
Program berskala nasional itu juga melibatkan kerjasama strategik antara MCMC dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menerusi pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI serta Jualan Agro MADANI.
Menurut MCMC, kerjasama itu sekali gus menyokong aspirasi Kerajaan MADANI dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik menjelang musim perayaan.
“Bazar Raya NADI 2026 bukan sekadar platform jualan bermusim, sebaliknya sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh ekosistem ekonomi digital komuniti, merapatkan jurang digital serta meningkatkan daya saing sosioekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Bazar NADI 2026
#usahawan komuniti
#MCMC
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan